Monday 21 May 2012

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas                           : Prasekolah SKGB
Tarikh                          : 25/4/2012
Masa                           : 8.00 – 9.00 pagi
Bilangan Murid            : 25 orang (20 orang murid 6 tahun, 5 orang murid 5 tahun)
Modul                          : Bertema
Tajuk/tema                  : Kenderaan
Tunjang utama            : Tunjang Kemanusiaan
Aktiviti                          : kumpulan


Tunjang                    1. Tunjang Kemanusiaan (membuat kenderaan dengan kotak)
                                   KM 6.3            Menjaga alam sekitar
                                   KM 6.3.7         Menjalankan aktiviti kitar semula

                                   2. Tunjang Sains & Teknologi
                                   ST 11.1           Mengetahui kedudukan objek dalam ruang
                                   ST 11.1.3        Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan

                                   3. Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu
                                   BM 4.1            Menguasai kemahiran pratulis
                                   BM 4.2.6         Menyalin perkataan dengan cara yang betul

Objektif Pengajaran
1.      Murid dapat menjaga alam sekitar dengan menjalankan aktiviti kitar semula iaitu membuat kenderaan dengan kertas.

2.      Murid dapat mengetahui kedudukan objek dalam ruang iaitu bahagian tayar, badan, lampu dan tingkap kereta.

3.      Murid dapat menguasai kemahiran pratulis dengan baik.

Pengetahuan Sedia ada

: Murid sudah didedahkan dengan aktiviti membuat model
  kenderaan sebelum ini.
: Murid-murid sudah boleh menguasai kemahiran menulis.
Fokus MI                    : Kecerdasan linguistik, ruang
KB                              : Menjana idea, merekacipta
PN                              : Berhati-hati, cermat, sabar
BBM                           : Kotak,kertas warna,gam,gunting,pensel,kertas lukisan
Kosa Kata                   : Kereta, lori, van, basikal


LANGKAH
ISI PELAJARAN
STRATEGI P&P
CATATAN
Set Induksi
(5minit)
Nyanyian lagu 
“Kereta Kecil”

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah,

Pon,pon,pon,pon,pon,pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Bolehku bawa jumpa nenek.

  1. Guru menyanyikan lagu mengikut baris
  2. Murid perlu mendengar terlebih dahulu.
  3. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama.
  4. Guru menunjukkan kereta mainan dan memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini “Kenderaan”
BBM:carta lagu
PN:patuh arahan
Penyampaian
(Langkah 1)
(15minit)
Tunjang Kemanusiaan
  • Membuat kenderaan dengan kotak
  1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kenderaan sambil murid-murid menamakan bahan-bahan tersebut.
  2. Guru menerangkan cara-cara membuat kereta daripada kotak kertas.
BBM:kotak kertas, tudung botol,gam dan gunting.
Penyampaian
(Langkah 2)
(20minit)
Sains dan Teknologi
  • Mencantumkan bahagian-bahagian kenderaan.
  1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
  2. Untuk mengagihkan bahan-bahan untuk membuat kenderaan kepada setiap kumpulan.
  3. Murid-murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru didalam kumpulan masing-masing.
BBM:kotak kertas
PN:bekerjasama,tolak ansur,tolong-menolong,cermat
KB:merekacipta.
Penyampaian
(Langkah 3)
(15minit)
Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu
  • Membaca nama-nama kenderaan










  1. Guru bersoaljawab tentang kenderaan yang telah dihasilkan.
  2. Murid menyatakan kenderaan yang biasa dilihat dijalan raya.
  3. Guru mempamerkan kad perkataan dan murid-murid membaca kad-kad tersebut.
BBM:model kenderaan
KB:menilai
MI:linguistik
Penutup
(15minit)
Hasil Kerja
  • Model Kenderaan
1. Murid melakonkan aktiviti menaiki bas dengan arahan guru.
PN:berhati-hati

                                   

0 Comments:

Post a Comment

jemput2 la komen ye.. uhu..

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home